Sabtu, 30 April 2011

FITNAH DAN BAHAYANYA

Pada 30/4/2011 surau kat sebalah rumah aku telah mengadakan kuliah maghrib..pakai slide show tuuu ppt 2010 kagum aku..lau kat kg aku mane mungkin aku dapat lihat semua ni...

Assalamuailaikum semua,syukur ke hadrat ilahi kerana diberi peluang untuk aku mencoretkan satu lagi entry pada kali ini...so mari kita renung renungkan ye sahabat sekalian..

daripada apa yang aku dengat kuliah maghrib daripada ustaz tu dai memulakan kuliah beliau dengan Surah al-Buruj Ayat 10


إن الذين فتنوا المؤمنين و المؤمنات ثم لم يتوبوا فلهم عذاب جهنم و لهم عذاب الحريق

Sesungguhnya orang-orang yang mencetuskan bencana fitnah [untuk memesong dan memporak - perandakan] orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka jahannam (kerana perbuatan keji itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).

Surah Al Buruj. Ayat : 10

ayat ini menerangkan apa yang akan berlaku kepada orang orang yang menyebarkan fitnah ini.

Ayat ke-2 pula ialah PENGHULU SEGALA DOA iaitu:-

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

yang maksudnya: Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".

ustaz itu juga berkata kalu kita malas utuk membaca doa paling kurang bacalah doa ini..yg maksudnya kalau kita tidak dpat dah kebaikan dunia sudah tentu akhirat pun tidak dpatlah juga kita kebaikanya.

FITNAH..sebenarnya bermaksud tindakan,kata-kata dan tindakan jahat seseorang yang didorong oleh nafsu dan perasaan dengki terhadap orang lain yang tidak bersalah.

FITNAH ni biasa disebar dengan kata-kata manis dengan helah yang bijak sehingga orang yang mendengar menyangka perkara itu benar samapai peringkat sanggup BRSUMPAH.

ini berlaku kerana:
-lemah iman
-hati kotor dan busuk
-iri hati

Orang orang seperti ini tergolong dengan orng MUNAFIK yang berpunca dari hati yang tidak baik.

Dalam diri manusia ni ada 2 penyakit:-

1.SYUBHAH
-Dalam hati ada syak dan ragu denagn yang mana hak dan yang mana batil(ada kaitan dengan AKIDAH)yang diterangkan dalam surah Al-Baqarah ayat 10 yang bermaksud:-

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

2.SYAHWAT
-Penyakit yang lahir dalam hati kerana kecintaan pada diri sendiri,harta,wanita,dan dunia.

-dalam bnyak-bnyak penyakit syahwat ni penyakit yang paling bahaya adalah berkaitan dengan WANITA..

Antara sejarah Fitnah yang berkaitan dengan wanita dimana anda bolehla cari sendiri kisah kisah ini

1.Qabil bunuh Habil kerana wanita

2.Nabi Yusuf dituduh bermuqah dengan Zulaikha

Nak selitkan sikit sebelum saya terlupa antara 13 AURAT wanita yang dibahaskan ialah..

1.suara yang merengek rengek

2.Bila memakai perfume yang attract orang

3.memakai gelang kaki

Umar bin Khattab pernah berkata, "Lebih baik aku berjalan di belakang singa daripada berjalan di belakang wanita."

Dalam Islam untuk tuduhan Qazaf,Islam mewajibkan bawa 4 orang saksi yang cukup syarat kalau tidak tak boleh tuduh sewenang wenangnya..Masya Allah kenapalah cetek betul pemikiran orang sekarang tentang ilmu ini..

Untuk dapat penerangan lanjut anda boleh la rujuk yang lebih tahu ini adalah serba sedikit gambaran tentang fitnah..wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan